Thursday, July 8, 2010

Drama Abad Yang Lepas........Penutup

Di abad yang lepas ada juga isteri yang sangat begheng, selain dari berani minta cerai dari suami ada juga yang psyco suami sampai jadi mandom. Pada pertengahan tahun 1960an saya mendengar cerita orang tua-tua bahawa Makcik C seorang yang derhaka pada suami. Apa taknya tiap-tiap hari dia marah dan berleter kat suami dia.

Puncanya ialah dia rasa tak puas hati dengan suaminya yang sentiasa duduk di rumah menghisap rokok daun sambil melahu atas lambor rumah. Sedangkan Makcik C terpaksa meredah hutan menanam padi huma. Punya geram dia siap mengungkit-ungkit kata dia dah jadi macam lelaki dok buat kerja tengah hutan, kalau ada rimau dah tentu dia kena baham.

Nak jadikan cerita anak sulung perempuannya dinikahkan dengan ahli keluarga yang jauh dan tinggal bersama-sama Makcik C. setelah berbulan kemudian, Makcik C perasaan menantunya tu ada sedikit perangai yang saling tak tumpah macam bapak mertuanya. Saya tak berapa tahu apakah drama yang berlaku dalam keluarga tu, tapi mengikut cerita yang diperturunkan dari mulut ke mulut, menantu dipaksa ceraikan isteri dan di halau balik ke kampung asalnya.

Setelah berpuluh tahun kemudian dengar cerita suami Makcik C dah bina rumah sendiri di tepi kampung dan tinggal bersendirian. Tak tau mereka bercerai atau pun tidak. Pada awal tahun 2000 suaminya meninggal dunia keseorangan di rumah itu!

Makcik C memang telah membina hidup sendiri, bila negara dah maju dan kaya dia menikmati kemajuan negara. Dia mula berniaga sedikit sebanyak dan mendapat hasil dari skim tanah pinggiran, dapat hasil getah dan anak-anak pun dah bekerja, tanggungan pun berkurangan. Pendek kata dia menikmati hidup yang jauh lebih mewah tanpa suaminya, di atas usahanya sendiri.

Benarkah is seorang isteri yang derhaka?

4 comments:

whm6840 said...

Best drama cik kerabu.

Rasanya nak kata derhaka dekat Makcik C pun tidak tepat.
Dia dah habih meter laaaa...

Kerabu Jantung said...

Orang yang tak kenal dia boleh kata macam-macam, tapi dia saja yang tau cerita sebenar.

nazlyrahim said...

Lumrah kehidupan..

kerabu jantung said...

chindek,

Welcome to blog orang pencen and thanks for signing in!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...