Monday, July 5, 2010

Drama Abad Yang Lepas..... Bah 3

Telah berlaku musibah besar pada Makcik J pada pertengahan tahun 1960an, beliau dituduh melakukan zina oleh suaminya. Tuduhan berlaku kerana cemburu yang keterlaluan dari pihak suami. Sebabnya ialah rumahnya terletak antara pekan kecil kampung dengan berek bujang. Sibujang-bujang tu sentiasa lalu lalang di depan rumahnya, mungkin menegur-negur dan bersembang-sembang dengan isterinya yang masih masih muda dan cantik pulak.

Bila isterinya mengandung dan melahirkan anak dia tak mengaku dan menuduh anak itu sebagai anak zina. Pada masa tu ramai yang tak faham hukum menuduh isteri berzina, jadi isteri terpaksa menelan aje fitnah tu. Orang-orang alim dan orang-orang tua kampung takde yang menasihatkan mereka apa tindakan seterusnya jika sudah berlaku fitnah itu. Tak pun dengar ada cerita-cerita sumpah lian berlaku pada masa tu ( kalau tak dah tentu saya dah faham tentang sumpa lian/ sumpah laknat tu dari kecil lagi ).

Akhirnya isteri dicerai dan terpaksa memelihara 4 orang anaknya. Tak tahu macam mana makcik J dapat memelihara anaknya hingga dewasa dan jadi orang baik-baik. Bekas suami pula dah berkahwin dengan orang lain, tapi bila dapat anak bagi orang lain bela ( agaknya masih fobia dengan dendam lama ).

Begitulah kaum wanita dulu-dulu ramai yang teraniaya dan tiada pembelaan. Hanya mendapat simpati dari sanak saudara dan jiran sekampung. Mereka tak mengeji atau menambah tokok fitnah tu pun dah seribu rahmat.......

Diharap wanita di zaman milenium ini tak menjadi mangsa keadaan dan tahu hak mereka. Kalu laki buat dok molek , bawa dia ke mahkamah syariah. Sana kasi lawan!

3 comments:

Mama Amirul said...

lawan atau maafkan aje...... hmmmmmmm......

azadekaza said...

Aunty,

Drama rumah tangga abad ini juga boleh meruntun jiwa... situasi mungkin beza tapi hati tetap sakit...apa pun perempuan tetap kena kuat untuk lalui dugaan walaupun kekadang rasa macam nak ikut rasa hati akal tolak tepi....

Kerabu Jantung said...

Sabar itu separuh dari iman!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...