Wednesday, July 28, 2010

Jangan Buat Loklak

Loklak tu maknanya lebih kurang - tak cermat atau tak senonoh. Tapi bukanlah tak senonoh yang berat-berat seperti buat perkara-perkara yang sumbang atau cakap mencarut marut. Ia lebih kepada perlakuan atau perkataan yang digunakan hari-hari. Misalnya pakai kain batik terkoyak di pungkoq , orang akan kata..... isy....awat hang loklak sangat haih....pakai kain koyak......

Masa dulu susah jadi anak dara , banyak sangat pantang larang. Gelak kuat-kuat tak boleh, orang tua-tua nanti kata awat hang ni caeh ( gelenyar ) sangat!. Cakap pun tak boleh lebih kurang, kena bersopan santun. Nak keluar rumah kerap-kerap sangat pun tak boleh. Kalau pergi bertandang ke rumah kawan atau pergi kedai tak boleh lama-lama. Anak dara apa ni kuat bedeghak ( mum's tagline).

Bila dah kawin diajar pula jadi isteri yang mithaali. Kalau nak makan, kena hidang kat suami betul-betul, duduk di sisinya ketika makan. Jangan main unjuk dengan tangan je gelas atau pinggan kat suami atau kat mak mertua. Dan suami pula tak masuk campur dengan kerja-kerja oghe tino seperti memasak, membasuh malahan menjaga anak. Sebab tulah ramai isteri yang sakit jiwa, sebab perasaan tertekan.

Pernah juga seorang ahli keluarga pergi bertandang ke rumah anaknya. Punya terkejutlah dia bila dia tengok anak lelaki kesayangannya tengah cuci longkang. Bila balik ke kampung, dekat sebulan tak habis cerita anak lelakinya cuci longkang sedangkan dia bela anak dia dari kecik sampai dewasa tak pernah pun suruh cuci longkang.

When my husband and my son used to help me to hang clothes, my mother pulled me aside, telling me why I allow them to hang clothes, it is not nice when people see............mak, sidai pun bukan baju orang, baju bini dia jugak.......baju dia, baju anak-anak dia....Nasib baik mak mertua dah takde, kalau tidak sedih juga tengok anak dia kena buat hamba dek bini dia!

5 comments:

Mama Amirul said...

kalo dulu boleh lah semua keje rumah bini yang buat sebab bini duk umah. tapi sekarang laki bini ge kuar cari rezeki, so bila balik umah sama-sama lah buat keje

Unknown said...

Tapi tak smua suami cam2..
ada gak yang tolong isteri..
sama ada sedo or tak je..

Kerabu Jantung said...

ibu amirul dan Jamiel,

Sekarang memang sudah banyak berubah, suami isteri sama-sama memikul tanggung jawab.

Sebenarnya itulah rahsia kebahagiaan rumah tangga.

Male chauvinist - dah outdated!

blogresipi said...

salam, banyak dapat belajar bahasa utara dalam blog akak ni. :)

Kerabu Jantung said...

blogresepi,

terima kasih singgah ke blog orang pencen...

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

  'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan.. Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lu...