Thursday, November 4, 2010

Awas! Tok Jib Bawa Senarai....

Tahniah BN kerana menang PRK Galas dan Batu Sapi.

Di harapkan lepas ni Tok Jib kena spring cleaning kabinet beliau, supaya segala sawang-sawang yang melekat di dinding dan di siling dibersihkan. Jangan lupa jugak kena vakum bawah carpet, takut anai-anai makan lantai atau ada semut api yang buat rumah kat situ. Takut juga mana tahu ada seekor dua kala jengking yang merayap bawah meja, atau dalam laci, kalau terkena sengat, boleh pengsan!

Kerusi meja yang dah lama dan dah ada nilai antik elok aje dihantar ke museum, supaya keindahannya jadi tontonan umum dan boleh diapresiasi oleh orang ramai terutamanya peminat barang-barang antik.

Semoga kabinet baru DSN lebih ceria dan dapat memberi nafas baru, perjuangan baru, azam dan cita-cita baru, sokongan baru dan segala-galanya baru...........dan senarai baru yang ditunggu-tunggu tuh!

2 comments:

ngasobahseliman said...

Salam, Kerabu Jantung. Saya rasa jangan berharap sangat akan senarai itu. Orang-orang yang akan dipilih biasanya adalah seperti orang yang memilih.(Birds of a feather flock together). WaAllahua'lam. Kita doa sahaja Allah menolong kita dan menganugerah pada kita kepimpinan yang beriman dan bertaqwa, pemimpin yang takut pada Allah dan akan menggunakan kuasa yang diamanahkan dengan penuh tanggong jawab.Semoga kita sentiasa ingat bahawa Allah maha mendengar dan maha melihat dan maha mengetahui.

Kerabu Jantung said...

Saya sangat berharap agar barisan kabinet yang baru terdiri dari orang-orang yang amanah, amanah dan amanah dan telus dan insaf bahawa tidak selamanya mereka itu kekal sebagai pemimpin.....dan akan ditanya tentang kepimpinannya kelak!

Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...