Thursday, July 1, 2010

Drama Abad Ini

Setelah suaminya meninggal, Mak Jah tinggal berdua dengan anak gadisnya yang masih belum berkahwin. Hubungannya dengan Ana begitu akrab sebagaimana sepatutnya sebagai ibu dan anak. Segala makan pakai Ana diurus oleh MJ dengan penuh kasih sayang.

Tiba masa Ana berkahwin, Mak Jah mengadakan kenduri besar-besaran, dan rumah yang sunyi tu pun bertambah ahli, iaitu seorang menantu. MJ terus saja menjaga anak menantu, kerana merekalah yang akan menjaganya dihari tua kelak. Maklumlah anak-anak lain dah berumah tangga sendiri dan menjengah ibunya di hujung minggu saja. MJ pun jarang menjengah mereka, kalau Ana tak bawak tak pergilah, jauh sekali bermalam di rumah anak-anak yang lain.

Ana mendapat beberapa orang anak hasil perkahwinannya, yang semuanya di pelihara oleh MJ. Nak hantar nurseri tak percaya, takut cucu dibuat tak tentu pulak. Badan masih kuat takde masalah baginya setakat pelihara 2, 3 orang cucu. Cucu pun bukan main manja dengan nenek.Pendek kata cucu-cucu yang lain tak dapat kasih sayang yang sebegitu seperti yang MJ beri pada anak-anak Ana.

Ana dan suami seperti biasa sebok bekerja ,pergi pagi balik malam. Anak-anak pulak dah besar, ada yang masuk kolej dan ada yang masih sekolah. Pendek kata tugas MJ kian ringan bila cucu -cucu dah besar. Tak payah lagi sediakan makanan untuk mereka. Tambah pula MJ dah meningkat tua, tak berapa larat lagi nak masak banyak-banyak. Ana tak bagi mak dia masak, cuma duduk rehat-rehat aje tunggu rumah dan jaga diri sendiri.

Tapi ibu yang makin tua tu dah macam ingat-ingat lupa. Sebelum pegi kerja, Ana kena siapkan makanan untuk ibunya dan meninggalkan air teh satu tekoh untuk sepanjang hari hingga mereka anak beranak balik ke rumah waktu petang. Dan lama-lama kelamaan menjadi-jadi pulak lupa orang tua tu, hingga dah tak ingat tandas kat mana.

Pernah anak-anak lain datang menjengah keadaan ibu mereka. Dah tak keruan, makan minum dah tak berapa ingat dan membuang najis pun merata-rata. pendek kata terbiar kesaorangan di rumah. semua anak dah bising dan marahkan Ana sebab biarkan mak macam tu. Ana pun bukan main naik angin terus mengungkit, sapa yang jaga mak selama ni? Kalau bukan dia sapa lagi, orang lain datang jenguk sekali sekala, apa mereka tahu susah payah yang dilaluinya sejak mak dah tua.

Akhir semua adik beradik dipanggil berunding , siapakah yang patut jaga mak. Tolak sana, tolak sini, akhirnya abang yang tualah yang kena jaga, sebab dia anak sulung, mesti kena bertanggung jawab menjaga ibu!

...........to be continued...

2 comments:

Mama Amirul said...

sambunglah cepat citer nye cikgu.... excited nak baca ni.....

Kerabu Jantung said...

In good time.. in good time..

Fikir Sejenak...

  Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44? Pernah tak kita terfikir? Dulu sa...