Sunday, December 15, 2024

Adat Berjual Beli

 

Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati...

Paling best bila pegi Pasar Siti Khadijah membeli belah. Peniaga-peniaga di situ paling peramah dan pandai mengambil hati pelanggan..

Mari lah tengok kain batik molek - molek...baru sampai..banyak pilihan......atau ...rasalah sambal daging ni, kalau suka buleh beli bawak balik....

Pendek kata setiap lorong yang kita lalu akan disapa, mereka akan perkenalkan barang jualan dan ajak singgah...harga boleh kurang lagi....

Kadang- kadang- kalau ada sedara mara datang ziarah kami bawak beli belah. Bila banyak barang yang di borong, peniaga akan bagi bonus seperti sehelai kain batik atau lain- lain yang sesuai.

Sebab tu orang suka pergi ke Pasar Siti Khadijah...

Kak D berpesan pada saya kalau nak berborong sakan pilih peniaga lelaki yang muda - jangan pergi kedai orang tua..Sebabnya lelaki muda mudah berkira, untung sikit dah ok asal barang laku dan boleh pusing modal. 

Katanya ada juga perempuan tua atau lelaki tua yang payoh bbaso sebab pegang harga dok lepah....

Ala kulliy hal pandai- pandai lah kita membeli belah...Kalu hok kito nok beli tu molek doh...jangae lah dok menawar sampai ke petang...



Wednesday, November 27, 2024

Cita-Cita vs Angan- Angan

 


Saya dah lama teringin nak tanam cendawan. Rasa macam best je kalau tanam cendawan kat rumah . 

Minggu lepas Tina beri saya sebungkus cendawan tiram. Di kawasan rumah Tina ada projek Kebun Komuniti  di Jalan Berlian dan Jalan Zamrud . Mereka menanam sayur di kawasan belakang dapur masing-masing - back to back sepanjang- panjang deretan rumah mereka. 

Projek ini telah berjaya dan hasilnya dijual setiap hujung minggu.

Tina beritau kalau nak tanam cendawan kena beli bongkah dia dan bubuh benih dalam tu. Kena siram hari- hari dan tutup dengan tuala. Dan kena letak di tempat yang gelap - bilik gelap.


Bongkah cendawan - Shopee


Kalau nak tanam sebongkah atau dua je tak perlu bilik gelap. Jadi nak bubuh kat mana? Dalam lemari bawah dapur? Atau pada satu penjuru dalam bilik stor? Tina kata lipas suka makan cendawan....tak boleh letak ikut suka..

Lagi satu cita-cita saya ialah nak tanam pokok vanilla. Saya pernah tengok dokumentari orang  berkebun vanilla. Pokok vanilla ni macam pokok okid, sangat cantik bila dia berbunga...

Ahli-ahli Kebun Komuniti telah pun membuat lawatan ke ladang vanilla di Pulau Pinang. Tina beritau saya pokok vanilla ni lain sikit dari pokok- pokok lain.

Pokok vanilla ambik masa tiga tahun untuk berbunga. Setelah berbunga kena pulak didebungakan oleh lebah yang khas diimport dari Mexico ( mak aii...)...supaya ia mengeluarkan buah ( vanilla pods ) . Dalam buah vanilla ada biji- biji kecik yang digunalan sebagai bahan pewangi dalam kueh mueh.



Gambar Ihsan Amazon

Atau pun pendebungaan boleh dibuat secara manual dengan menggunakan kapas - ambik debunga jantan letak pada stigma bunga betina dari pokok ke pokok.....( wuih! nak buat macam mana tu? )

Rasanya lagi murah dan senang pegi beli vanilla dalam botol kat kedai runcit je...

Bukanlah nak kata...cita-cita ni tak kira kecik atau besar mesti ada cabarannya. Sebab tu lah kalau bercita- cita kena ada semangat yang kental dan hendaklah ia sesuatu yang munasabah.

Kalau cita- cita tak munasabah tu angan- angan namanya. Macam Mat Jenin - tengah panjat pokok kelapa berangan- angan nak jadi kaya dan dapat kawin anak Raja. 

Khalas -  lalu terjatuh dari pokok - tak tau apa jadi!


Monday, November 18, 2024

Wa Izaa Maridhtu Fahua Yashfin




Banyak cabaran sebelum menjalani pembedahan kepala lutut..ramai yang kata kenapa saya tergesa- gesa nak buat op lutut. Ramai yang boleh bertahan walaupun kedua-dua lutut dah jem.

Sebelum pembedahan saya terserempak pulak dengan video-video di Youtube - sangat menggerunkan dengan alat-alat yang bersusun kecik besar atas tray di bilik pembedahan...and they are not scissors..saya tak berani tengok!

Hari pembedahan, Pakar Bius beritau saya akan dibius di bahagian pinggang - secara epidural. 
O.....K.....that means I'll be wide awake?
No and don't worry you won't feel anything and I make sure you will  be calm and sedated. 
Dan beliau telah berada disebelah saya sepanjang pembedahan...

The thing about epidural ni pulak you can hear voices from the very far end of your ears - the clanking of tools ( bunyi macam penukul - wuihh! ) and faint voices talking... in between my deep sleep....

Akhirnya - Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah - syukur tidak terhingga kepada Allah SWT saya telah selamat menjalani pembedahan sebulan lalu. 

Hari ini Doktor mengesahkan lutut saya telah mengalami pemulihan secara sepatutnya.... Syukrillah.. Saya dah boleh berjalan lurus
dan tak senget sebelah sebab my bow leg has been straightened... Barakallahu fiik Sir!

Akhir kalam kalau lutut dah sakit, pergilah berjumpa dengan Doktor yang pakar...dan janganlah baling nasihat pakar ke bawah stemroll...

Wednesday, October 30, 2024

Masuk Hospital Atau Pergi Holiday?

 


'Ala kulliy hal - dengan gementarnya menghadapi hari pembedahan..

Kita pun bersiaplah nak masuk wad, Doktor kata selepas pembedahan lutut akan mengambil masa 5 hari untuk pulih dan boleh berjalan..

Me and Beautiful Life pun mulalah kemas baju - as for me 3 helai t-shirt, 3 helai blouse dan dua pants, 3 helai kain batik, sepasang baju kurung dan lain- lain yang berkaitan hingga penuh bag masing-masing. Siap bag macam nak pergi holiday...

Rupanya setiap hari pakai uniform hospital..haha..

Apabila Doktor buat lawatan pada pagi esoknya, beliau memberitahu saya - I think ramai orang yang berdoa untuk you.....pembedahan berjalan  lancar. 

Alhamdulillah..

Doktor terlupa dia seorang PAKAR BEDAH yang berpengalaman - beliau lebih menyandarkan kebesaran Allah dari kepakarannya. 

Semoga beliau dilimpahi Rahmat Allah di dunia dan di akhirat....aamiin....

Ramai jugak doktor- doktor di luar sana will announce....The operation was done successfully! ( nok ghoyak dio doktor yang hebat! )

Pada masa itu saya sangat insaf bahawa kita patut sentiasa bersyukur dan jangan ambil ringan atas setiap doa yang diberikan pada kita. Kita tak tau doa siapa yang Allah makbulkan.. 

MashaAllah, Tabarakallah..kita tak tahu apakah yang Allah akan kurniakan....

Bagi mereka yang mendoakan, semoga Allah membalas mereka dengan yang lebih baik... diluaskan rezeki dan sihat tubuh badan... aamiin..


Wednesday, October 2, 2024

Tukar Kepala Lutut!

 

Pada tahun 2003 saya dirujuk pada Pakar Ortopedik di HKL sebab ada masalah lower back pain. Masa menunggu doktor saya nampak ada beberapa orang yang berkerusi roda. 

Lepas tu saya nampak papan tanda - Tempat Tukar Kepala Lutut. Saya pun tergelak - bior bebenor -tukar kepala lutut?

Pastu gi ghoyak habis kat kawan- kawan - HKL ada tempat tukar kepala lutut! 

Alohlah mu ni oghe tahu belako doh, mu sorang jah dok tahu!

Masa itu saya sungguh kurang pengetahuan tentang sakit lutut. Walaupun kerap bertemu dengan orang sakit lutut tapi kita ni buat tak kisah sangat sebab lutut tak sakit. Kalau ada orang operate lutut - ...ok dah operate lutut.. eh, kena masuk besi ke? adakah masuk besi dalam lutut? atau atas lutut? atau pada lutut ?

Ambo dok tahu gapo langsung! Macam....ianya tak akan terjadi pada saya.

Hari ni..saya berada di depan seorang Pakar Ortopedik discussing about my ailing knee! Lutut dah sakit sangat - dah sendiri kena baru tau langit itu tinggi! Kena terima hakikat kena buat pembedahan lutut!

Dengan in denial nya mintak doktor bagi option lain. Doktor pun bagi dua option iaitu operate belah tepi lutut atau yang keduanya buat satu support dari pangkal betis  ( the details in the web ) . 

Ambo pong dengan happynya pilih yang belah tepi, rasanya macam sikit je operate dan sikit je besi yang terlibat.....

When MRI result came in, rupanya kepala lutut dah teruk...tiada option lain lagi melainkan.... tukar kepala lutut!........

Rasa macam nak kiamat dah...



Wednesday, September 18, 2024

Enam Tahun Dah Pandai...

 ...tiga bahasa..

Pagi tadi saya saya ada temujanji di Hospital Kuala Lumpur. Temujanji pukul 8 pagi, saya sampai pukul 8.15 pagi, sudah ada beratus orang di ruangan menunggu...mungkin dorang bawak sleeping bag malam tadi...haha...

Seorang wanita India bersama anak lelakinya berumur 6 tahun datang duduk di sebelah saya. Comel je dan bukan main  manja dengan maknya. 

And this grandmama tak lepas peluang mengusik si comel tu..

Dah sekolah ke belum?

Dia malu-malu nak jawab...lalu lari- lari anak ke hujung sebelah sana. Rupanya grandmama dia duduk menunggu kat situ...

Mak dia kata kat rumah cakap banyak - pandai cakap Melayu!

Dia suka tengok Upin Ipin, sampai dia panggil nenek dia Opah!

Dia selalu marah saya kenapa asyik cakap Tamil dan English saja, cakap Melayu lah sama....

Saya sungguh terpegun dengar cerita dia. Seorang kanak- kanak kecil bukan Melayu pandai berbahasa Melayu kerana menonton  Siri Upin dan Ipin.

Sesungguhnya setiap program yang berqualiti tinggi dan dapat menyampaikan mesej pada audien dengan baik, menghasilkan kesan yang baik dan dapat menyatukan rakyat yang berbilang kaum!



Monday, September 9, 2024

Kelam Kelibut Bukan Main

 Bila sepupu dan keluarga beritau  nak datang ke rumah, suka sangat kita ni. Plan nak masak @ order makanan sedap-sedap bagi dorang happy datang rumah kita.

Minggu lepas awal pagi Kak S beritau nak datang ziarah tapi nak datang lepas lunch. Kak S dan dua orang anak saudara dan seorang menantu....all ladies pegi outing dan lunch sekali.. Kak S datang dari Alor Setar nak melawat cicit di KL.

Saya pun seperti biasa telefon Yati nak oder makanan. Malangnya Yati cuti pulak..dia balik tempat suaminya sebulan sekali.

Kita ni pun menggelabah badak tak tau nak masak apa, tak boleh fikir nak beli apa dan kat mana - sebab tengah sakit kaki. Akhirnya call Beautiful Life nak suruh oder kueh, nasib baik dia ada sahabat baik - Aza D'Kaza - seorang event manager to solve the problem.

Setelah Kak S sampai di rumah, depa pegi solat jamak qasr dulu. By the time depa siap solat - juadah belum sampai lagi - sambung borak..... lama-lama mula lah menggelabah kuih tak sampai....Bila tanya Beautiful Life...

Mana kueh tak sampai lagi? 

Aza dah oder dan dah patut sampai dah ni...

Gedebuk gedebak rupanya rider tak jumpa cari rumah!

'Ala kulliy hal bila kueh sampai semua orang teruja....

Kuih cantik dan bewarna warni pilihan Aza . Rasanya sangat sedap sepadan dengan rupanya yang cantik molek!

( Selamat Maju Jaya pengusaha kuih mueh ini di mana saja dia berada )



Sunday, August 18, 2024

Tidak Mudah Jadi Orang Tua

 

Mengapa orang tua - datuk, nenek kadang- kadang tak disukai cucu cicit? Bila mereka dah tua anak cucu biarkan saja mereka kesunyian, pergi ziarah pun ala kadar je..kalau mak ayah tak ajak tak datang..bukankah masa kecik dulu tok dan wan memanjai hangpa....

Kadang- kadang pula berlaku perubahan drastik pada orang-orang tua - makin tua makin tak boleh sabar dan tak tahan hingar bingar. Ada jugak yang tak tunjuk sayang pada anak cucu...Ramai juga yang jadi perengus dan suka membebel..

Masha Allah seorang jiran dan juga sahabat saya akan membuat persiapan apabila cucu-cucu nak datang ke rumah. Mereka suami isteri akan penuhkan freezer dengan ikan, ayam, udang, sotong dan lain- lain. Kemudian mereka membeli makanan yang disukai cucu-cucu - biskut, coklat, susu, minuman segar dan yang seumpamanya to surprise their grandchildren. Dia kata bila cucu2 datang, misti seronok, buka pintu peti ais nampak makanan kesukaan mereka...

Ada jugak cucu- cucu yang miserable bila pegi rumah tok nenek mereka. Bising tak boleh, makan minum merata-rata tak boleh. Nak makan  kena duduk kat meja makan dan macam- macam lagi undang- undang yang tak di gezet dikenakan...

Masa kami tinggal  di Kota Baru tahun 1980an dulu banyak mendapat nasihat dan panduan dari sahabat- sahabat saya..

Antaranya kita hendaklah tunjuk kasih sayang pada anak cucu sebab bila kita tua mereka tidak kekok dengan kita. 

Ada yang kata bila dah tua kena pesan kat cucu- cucu...

Mu awe, mugo mu besar sekali bila tok mati mu kena tolong angkat tok ( usung keranda ) gie palo, mu pulok gie kaki....jange lupo doa bagi Allah ampun dosa tok...

Ala kulliy hal..bila saya dah bercucu saya pun berpesan...

Nanti kalau dah besar dah boleh bawak kenderaan sendiri datanglah jengok tok , tak payah tunggu mak ayah datang baru nak datang......




Sunday, August 4, 2024

Masih Berblog?

 

Saya mula berblog pada tahun  2008 apabila anak saya Beautiful Life set up a blog untuk saya, kata dia mak banyak masa free boleh tulis pengalaman mak.

Jadi bila dah dapat blog saya ingat kena berblog in English sebab semua yang ada kat computer tu in English. Lintang pukang buat cerita in English. Rupa- rupanya ada kawan- kawan yang baca - depa suruh saya edit sikit my writings. Tapi saya tak kisah - belasah je..buka cerita lepas tu forget about it!

Lama kelamaan dah rasa ketinggalan zaman sebab orang dah pindah kat instagram, Facebook dan macam-macam lagi...saya pun jadi lemau...tinggalkan saja blog saya.

Baru- baru ni bila buka blog saya tengok  ada jugak orang lalu lalang kat situ...bila tengok list cerita yang orang baca saya pun baca semula apa yang saya tulis. Ada yang saya dah lupa, ada yang saya quite surprised  apa yang saya tulis..

But bear in mind cerita yang saya tulis tu 97% benar . Cerita - cerita itu adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman ahli keluarga, kawan- kawan, jiran - jiran dan apa yang diceritakan pada saya..cuma adalah tambah sos tiram dan ajinomoto bagi tambah perisa.......

The rest of 3% tu memang  out of this world punya merapu!


Tuesday, July 23, 2024

Durian No, Tempoyak Yes!

 Durian No - Tempoyak Yes!

Durian Yes -  Tempoyak No!

Durian Yes  - Tempoyak Yes!

Durian No  - Tempoyak No!

Banyak orang banyak ragam. Antum dok dalam kumpulan mana?

Masih teringat masa kecik dulu setiap musim durian arwah mak buat serawa durian makan dengan pulut, atau makan durian begitu saja atau makan durian dengan nasi, durian masuk dalam budu atau sambal belacan. 

Last sekali,  bila dah terlebih durian buat tempoyak pulak - berbalang- balang. Mulalah segala masakan di tempoyakkan - gulai tempoyak, pais ikan tempoyak, sambal tempoyak, tempoyak, tempoyak dan tempoyak...Puas hati!!!

Rompin sebenarnya takde orang tanam durian sebab tanah pasir  tepi laut. Tapi bila musim durian  kaki lima kedai penuh dengan durian yang disusun macam bukit- bukit kecik.  - tak tau datang dari mana ( tahun 60an-70an ).

Ramai orang suka durian, tapi bila sampai tang tempoyak dok leh nok gi! Yang peliknya ada pulak durian tak suka tapi makan tempoyak bukan main lagi!


Monday, July 15, 2024

Jual Ke Tak Jual...



Masa saya kecik dulu ada dua buah rumah yang ditinggalkan kosong di kampung saya. Sebuah darinya akhirnya reput di makan anai-anai Dan sebuah lagi tersergam indah tapi tak bertuan...lepas tu keluarlah cerita rumah tu berhantu!

Rumah pusaka selalunya sama ada akan menjadi rebutan yang boleh membawa perbalahan yang berpanjangan atau akan ditinggalkan begitu saja..

Bila ibubapa dah mati, masalah akan timbul - kena tukar nama  kepada waris-waris yang hidup. Biasanya bila suami mati, isteri yang tinggal di rumah itu bersama anak-anak atau tinggal bersendirian sebab semua anak dah ada kediaman sendiri.

Masalah timbul bila ibu mati barulah nak tukar nama dan prosesnya pula memakan masa yang panjang. Biasanya rumah pusaka dijual dan duit dibahagi-bahagi sesama adik beradik ikut faraid. Tapi kadangkala panjang lagi masalah yang timbul tentang pembahagian  Faraid ini.
( boleh pergi kursus tentang Faraid )

Kadang- kadang tak semudah itu nak jual rumah, akan timbul macam- macam pertelingkahan dan pelbagai fitnah. Ada yang dah duduk di rumah tu tak nak keluar - dia kata dia yang jaga mak ayah sampai mereka mati..jadi dia lebih berhak. Maka ungkit mengungkit pun berlaku...

Ada kes bila bapa meninggal anak jual rumah, bagi duit pada semua waris termasuk ibunya sekali. Masing-masing boleh beli rumah yang lebih sesuai untuk kediaman mereka atau manfaatkan duit pesaka dengan cara lain..

Orang kiri kanan, luar tepi pun mulalah pot pet pot pet tuduh anak tak bertimbang rasa dan sebagainya...biarlah mak duduk rumah besar tu sampai dia mati. Tapi rumah besar lapan bilik sapa nak maintain?


Monday, July 1, 2024

Nyaris Terjebak....


Biasanya di kawasan perumahan mereka berkongsi pembantu rumah - 4 jam pagi rumah lain 4 jam petang di rumah lain pulak. Dua kali seminggu bergilir- gilir rumah..

Masalah kita ni bila nak buat semua kerja tak sempat sudah tentu perlukan pembantu. Pembantu- pembantu rumah tu semuanya perlukan kerja nak menyara ibubapa dan anak-anak yang mereka tinggalkan di kampung.

Ada juga majikan yang menganiayai pembantu dan ada pembantu yang tidak amanah - tak boleh nak kata apa dah...

Tapi yang seriau sikit ialah ada majikan yang suka menuduh pembantu mereka mencuri...pulak tu bukan sebarang curi....

Ada yang tuduh buku resepi kueh mueh yang dikumpul sejak tahun 1960an telah hilang diambil oleh pembantu.....yang kena tuduh kata tak payah curi dalam You Tube berlambak ada resepi.

Paling hebat sekali pressure cooker telah dicuri, sampaikan yang kena tuduh tergelak - berat tu nak bawak balik jalan kaki, rumah jauh...

Paling kelakar sekali ialah sambal daging hilang bersama dengan botol kaca bertutup..

Salah seorang pembantu rumah yang pernah bekerja dengan saya beritau...Kak..kalau orang gaji nak mencuri dia akan ambik barang kemas. Sebenarnya orang gaji akan tahu kat mana tuan rumah simpan barang berharga. Siapa yang berniat jahat dia akan sapu terus barang tu, tapi kebanyakan kami yang datang buat kerja untuk menyara keluarga di kampung.....

Apa yang terjadi seterusnya sungguh tak diduga..saya pernah misplaced kerongsang intan yang sebesar hujung jari kelingking - intan tak berharga, hanya emas yang menyalutinya yang berharga. Emas tu pula bermutu rendah sesuai dengan batu intan. Namun begitu saya menahan sabar beberapa lama tak nak tanya pembantu rumah sebab saya yakin dia tak ambik.

Sementara itu bisikan hati tenggelam timbul menyangka dia ambik....ah takkan dia ambik, dia orang amanah, eh..dia ambik - sapa lagi yang keluar masuk rumah , dia lah...ah tak munasabah..dah kerja lama kat sini..and so on sampai saya terjumpa balik kerongsang itu terselit dalam salah satu beg tangan saya..

Saya pun hampir- hampir terjebak dalam kancah tuduh menuduh! Jangan main- main dengan sangkaan...kalau kita kalah tok aki yang bertanduk tu yang menang!

Sunday, June 23, 2024

Zaman Kanak-Kanak.....7

 

Antara biawak, katak, cicak, lipas dan cacing, yang mana lebih kita geli?

Masa saya kecik-kecik dulu selalu nampak orang pegi gali lubang di tengah padang . Oleh kerana Kuala Rompin kawasan pantai, banyaklah tanah- tanah kosong yang berumput di sekitar kampung saya..

Sekali sekala ada orang luar dari Rompin datang gali lubang-lubang kecik tengah padang untuk mencari biawak pasir. Kawan- kawan beritau ada orang makan biawak. Selalu juga nampak biawak keluar masuk lubang.

Di rumah saya selalu ada seekor katak duduk di tepi dinding bilik mandi. Dalam bilik mandi ada salur kecik tempat keluar air ke longkang luar.  Dari kecik tengok katak keluar masuk melalui lubang tu, tak kisah, tak takut dan tak geli dah dengan katak...

Cicak pun selalu masuk keluar rumah - fav place dia ialah di siling dekat lampu. Jadi ikut suka ekau lah dok kat atas tu, jangan bawak anak bini berkampung kat atas tu pulak....

As for lipas sekali sekala tiba-  tiba terbang kat dalam rumah, tapi arwah mak saya akan libas lipas tu serta merta. Memang tak bagi chance sebab lipas berbau busuk...

Jadi semua yang di atas tu saya tak kisah pun. Tapi yang paling saya geli dan tak suka ialah cacing sebab di kawasan rumah boleh dikatakan tiada cacing - mungkin tanah pasir cacing tak tahan dok sebab panas!



Friday, June 14, 2024

Dah Dapat.....Tapi....


 ....dah dapat idaman hati tapi banyak ujian pulak...

Bercita-cita nak membina rumah idaman dan dah terlaksana tapi lama kelamaan hidup dalam gundah gulana...

....disebabkan jiran sebelah rumah adanya....

Sahabat saya pernah mengadu dah tak selesa duduk rumah walau pun pada awalnya sangat bahagia..

Bayangkan orang sebelah rumah memantau keluar masuk dia dan ahli keluarganya. Selalu tanya sapa yang datang rumah ramai- ramai semalam....nampak lori besar masuk rumah you beli barang apa...eh kucing you berak kat rumah I lah...husband you balik lambat semalam ye...you jaga sikit orang lelaki tak boleh percaya..

Takkanlah I nak kena jual rumah  pegi duduk tempat lain pulak. I dah banyak habis duit buat rumah ni..

Apa nak kata akak oii...sabar bebanyak..buat tak tahu je lah. Takkan selamanya dia nak mengendap you. Lama- lama boring jugak dia..

Lagi pulak kalau jual rumah, lepas tu beli atau buat rumah baru, tak tentu lagi dapat jiran yang baik. Jiran sekarang ok jugak mengendap dari jauh, buatnya dapat jiran baru nanti dok tunggu tepi pagar tiap-tiap hari - terus buat live interview  masa you nak masuk keluar rumah.....lagi haru....

Semasa memilih tempat kediaman kita berdoa pada Allah semoga dapat tempat tinggal yang baik dan dapat jiran yang baik...semoga hidup tenteram.

Tapi kadang- kadang secara tak disedari kita sendiri menjadi jiran yang teruk pada orang lain pulak...macam mana tu?






Thursday, June 6, 2024

Hilang Rumah Dan Harta Benda?

 


Sebelum balik ke KL singgah rumah Kak Pah dulu nak ambik barang pemberian dia. Semasa saya sampai  di rumahnya, kebetulan pulak anak murid dia sampai nak mengaji Al Quran. 

Anak murid semuanya suri rumah, pastu tak boleh berlengah - lengah, lepas ngaji kena balik cepat nak masak untuk tok laki pulak. Dulu masa anak-anak tengah sekolah tak dapat nak mengaji - tak sempat sebab ada anak yang sekolah pagi dan ada yang sekolah  petang. 

Laki pun tak bagi peluang langsung kat ore pue dio bersantai-santai sikit...dah lah dok hari- hari buat keja rumah takde cuti. Bagilah cuti hari tu, belilah lauk kat kedai sekali sekala biar bini tu happy sket..ni dia je yang asyik dok melepak kat kedai mamak.....

'Ala kulliy hal, masing- masing loratlah, saya pun nak balik cepat , Kak Pah pun nak ngajar cepat. Goodbye gitu- gitu je, tak seperti biasa 10 kali goodbye baru naik kereta...

Beberapa lama kemudian dapat wasap dari Kak Pah..dengan sayunya mintak maaf sebab tak sempat nak proper goodbye..

Saya pun sayu juga dengan permohonan maaf tu...alah...Kak Pah janganlah mintak maaf pulak, takde apa yang salah pun...

Kemudian Kak Pah pun jawab...takpenya mintak maaf tu, bukannya boleh hilang rumah dan harta benda pun...

Walau pun tak luak apa pun kalau mintak maaf tu, tapi qorin yang ada dekat kita akan bisik - jangan mintak maaf  buat jatuh maruah je, walau pun engko yang salah tak perlu mintak maaf!!

Tu sebab ramai yang menjaga ke egoan masing-masing....




Tuesday, May 28, 2024

Satu Pertaruhan...



......bukan berjudi ya.....


Kadang- kadang kita tengok ada drama berebut teman lelaki atau ada yang pegi rabut laki orang..
Tapi bila dah dapat apa kehendak hati ada jugak yang menyesal, ada yang tak puas hati. Tapi ada jugak yang happy ever after...
Macam orang berjudi belum tentu menang kalah...

Seorang wanita yang telah lama mendirikan rumah tangga tiba- tiba suami kawin lain. Sahabat- sahabat dia pun sangat bersimpati dan mereka pun ramai- ramai pergi hendak menenangkan dia. 

- Bagus dia kawin lain biar perempuan tu rasa apa yang saya rasa
- Sebenarnya tiada siapa yang tahu suami saya tu kaki pukul. 

Dia bernekad kalau suami dia cuba pukul dia lagi selepas mendapat punching bag yang baru, dia nak mintak cerai..

Wah! Terkejut badak habis semua orang bila dengar pengakuannya...rahsia keluarga yang tertutup selama ini telah terhambur keluar....

Seorang jiran lama saya pernah komen fasal perempuan muda kawin dengan orang tua. Katanya orang muda kawinlah sesama muda. Tak senang tau kawin dengan orang tua, nanti dia makin tua dan sakit pulak - kena pakai pampers dan tak boleh berjalan - kan ke susah!

Masa tu saya masih muda - terkejut jugak dengar orang tua kena pakai pampers. Belum pernah tahu masalah sebegitu masa tu..

Tapi kalau kawin sesama muda pun dua- dua akan tua bersama - tak tau lagi sapa yang pakai pampers kan?

Yang kelakarnya dok berebut yang handsome, kadang- kadang yang handsome tu belum pun berapa tua dah boroi dan tak kurang juga ada yang dah botak! Lepas tu mula lah gi dok cari gaduh je dengae tok laki...yang dah boroi dan botak tuh!




Wednesday, May 15, 2024

Makan Kerak Nasi


Berapa tahun yang lepas, saya pergi ziarah rumah adik sepupu ayah saya. Biasanya ahli keluarga yang datang berziarah masuk ikut pintu dapur je, bagi salam kuat-kuat dan terjah masuk...

Riuh rendah menyambut kedatangan kami....bila balik ni, terima kasihlah datang tengok  Makcik..hug hug kiss kiss...

Meja makan Makcik besar dan penuh dengan makanan yang lama dan baru, yang basah dan kering. Leftovers nasi goreng pagi tadi, ada cucoq jagung semalam, ada  rendang ayam, ada beberapa balang kerepek , sebungkus baulu....dan sebekas dodol...

Paling unit periuk nasi kecik  terletak di kepala meja dan di sebelahnya pulak sepiring ikan tamban kecik yang digoreng garing.

Tengoklah dah tua ni pakai periuk nasi sendiri, tak sama dengan nasi anak cucu makan. Makcik dah tak lalu makan nasi biasa, kena makan nasi yang  dibiar sampai berkerak. Lauk lain dah tak nak makan, lebih suka makan ikan jenis kecik yang digoreng rangup macam keropok...

Kami pun tergelak bila dengar cerita Makcik. Sekarang baru insaf sebab apa orang tua-tua dulu suka makan bahagian ayam yang bertulang dan tak suka ikan tenggiri sebab banyak isi..

Kalau orang tengok macam Makcik kena dera dek anak menantu katanya lagi. Makcik makan di hujung meja belah sini, anak menantu dan cucu makan di hujung sebelah  sana. Anak cucu makan ayam Makcik makan nasi berkerak . Sambil ketawa Makcik menceritakan keadaannya masa tu..

Rupanya bila dah tua selera sangat berubah makan pun dah tak banyak.

Tapi makan kerak nasi dengan ikan goreng rangup rasanya best jugak, macam kita makan snek je..


Tuesday, April 30, 2024

Zaman Kanak-Kanak....6

 

Khalas!

Tengok kiri kanan dulu ya..

Masa kecik ada pengalaman pergi beraya dengan kawan- kawan, Raya keliling kampung...Pergi  rumah sapa entah, main ikut je...

Tapi ada juga yang kenal saya...ni anak Mak Teh ke? Atau..ni anak Pak Itam Husain ke ? Eh...heran jugak ada orang kenal kite ( pada hal sekampung tu everybody knows everybody - anak sapa, cucu sapa dok kat mana...kite je masa tu dok ngong lagi..haha )

Setiap rumah akan menghidangkan air sirap merah dan macam-macam jenis kueh Raya...Putu kacang, kueh bangkit semua rumah ada. Bila makan putu kacang atau lain- lain kueh jenis keras pakat-pakat cicah dalam air sirap....Taktau lah macam mana boleh pi dok cicah kueh Raya dalam air minuman! 

Kadang- kadang ada juga perangai mencicah ni bawak ke tua. Makan roti empat segi atau roti bun - sapu butter banyak- banyak, best cicah dalam air kopi panas, nanti air kopi pun berminyak.....haha..

Dok caye acucubatry sekali, sedap tak..

Jangan cicah goring pisang dalam teh tarik dah lah....


Wednesday, April 17, 2024

Fikir Sejenak...

 


Bagaimana kalau tiba-tiba terjadi ....Iza zulzilatil ardhu zilzalaha...ketika kita berada di tingkat 44?

Pernah tak kita terfikir? Dulu saya tak pernah fikirkan hal ini. Makcik saya yang pada masa itu berumur 70an beritahu saya dia dah tak nak lagi keluar jauh- jauh ke negara asing sebab dah tua, kalau apa- apa jadi di negara asing akan menyusahkan orang...

Setelah saya dah masuk dalam circle orang tua baru terfikir dengan seriousnya kemungkinan yang kita tak sangka akan berlaku. Tambahan pula  pernah tersiar berita- berita berlakunya kematian, kena stroke atau kena masuk hospital atau lain- lain yang tidak dijangka ketika kita berada di luar sana - sudah tentu akan menyusahkan keluarga....dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyelesaikannya..

Perkara yang tak pernah disangka ini pernah berlaku pada keluarga suami saya dalam peristiwa kepala air di Kedah..Anak saudara suami mempunyai berapa buah chalet yang dibina di tepi sungai di kaki Gunung Jerai beberapa tahun lalu. Semasa kepala air turun dari Gunung Jerai dengan sekelip mata telah merempuh dan menghanyutkan semua chalet yang berada di kiri kanan sungai itu...

Peristiwa demi peristiwa itu mengajar kita bahawa kemalangan , kerosakan dan bencana boleh terjadi tak kira masa atau tempat dan kadang-kadang di luar jangkaan.

Ada pun kita, haruslah sentiasa bertawakkal pada Allah di mana saja kita berada....

Thursday, April 11, 2024

Dalca Yang Paling Berdalca

 Masa anak-anak kecik kami kerap berpindah randah - dari satu negeri ke satu negeri. Setiap sebuah negeri kami tinggal selama 3 tahun - paling lama 5 tahun iaitu di Kota Baru Kelantan.

Oleh kerana duduk lama di Kelantan, anak- anak semuanya pandai kecek Kelate. Saya pun improve dialek Kelantan ketika mengajar di sebuah sekolah di Kota Baru. Bila salah sebut sesuatu perkataan anak murid akan membetulkannya!

Selepas 5 tahun di Kota Baru, suami berpindah pula ke Alor Setar...tinggal di sana selama 3 tahun. Oleh kerana anak- anak dok kecek Kelate bila pindah ke Aloq Setaq jarang dengar dorang  cakap Kedah, walau pun bapak orang Kedah dan cakap pekat macam kopi O.  Dorang faham je Bahasa Kedah tapi bila cakap tak jadi lagu Kedah - depa kata jadi pelat Sam Sam aka slang Siam.

Selepas Alor Setar kami berpindah ke Kuching Sarawak selama 3 tahun. Masa tu mereka dah masuk ke sekolah menengah, sudah luas pergaulan dan ramai kawan- kawan. Percakapan mereka pun pure Sarawakean..

By the time kami keluar dari Kuching anak-anak fasih kecek Kelate dan kelaka Sarawak. Kadang-kadang percakapan mereka macam kuah dalca bercampur aduk kacang parpu, kacang panjang, kacang bende, karot, tomato dan ubi kentang...

Kenak kitak sik mauk gi jale - jale kok alik beloh sinun.... 

Macam mana, boleh jadi ka lagu tu?

Itu hanya untuk sesama sendiri je...cakap mengarut caca merba..



Saturday, March 30, 2024

Terlebih Tidur Malam 27 Ramadan

 Me and DE telah bersepakat untuk tadarus Qiraat Warsy An Nafi' AlMadani di bulan puasa ni....secara online.

Setelah beberapa hari bertadarus kami mula menggelabah sebab rasa macam tak sempat nak katam. Membaca Qiraat Warsy mengambil masa yang lama kerana bacaan mad selain mad asli semuanya panjang 6 harkat, dan banyak lagi khilaf usul dan farasy huruf yang jauh beza dengan Al Quran Hafs an 'Asim yang kita semua lazim  membacanya..

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bertadarus Qiraat Hafs....lebih mudah dan cepat walaupun dah ketinggalan beberapa hari.

Sebenarnya pada tahun ini kami berdua sangat insaf memikirkan Lailatul Qadr...tiap-tiap tahun dok meneka- neka..you think last night Al Qadr ke, no I think kita dah terlepas...ooh belum lagi...I think maybe on the 29th night...atau..alamak ter over slept pulak last night ( 27th night )...

Year in year out dok rasa macam terlepas Malam AlQadr...

Ada masanya kita begitu nekad nak menghidupkan malam AlQadar, masa buka puasa minum kopi kaw siap tambah dark chocolate supaya dapat berjaga malam....ok.....dah berjaga dah tapi bila penat nak tidur mata pulak tak nak pejam! Kesudahannya terlewat bangun sahur dan tak sempat nak buat apa dah...tunggu solat Subuh je..

Akhirnya pada tahun ini kami akur bahawa amalan yang istiqomah dan bersungguh- sungguh lebih penting dari segala-segalanya..Lailatul Qadr? Kita berusaha...Allah yang menentukan...



Friday, March 1, 2024

Zaman Kanak-Kanak.....5

 

Bila balik Rompin ramai-ramai takde  program lain melainkan pagi nak makan apa, tengah hari makan kat mana, petang minum kat mana, malam makan berat ke ringan...

Uishh..sibuk benar tu! 

Selalunya kami sampai ke Kuala Rompin pukul 5++ petang dan adik saya telah sediakan minum petang .  Sebelum datang ke Rompin dah bincang dulu, pi mai pi mai tak boleh miss cucur ikan bilis dengan keropok lekor atau keropok kering with special sauce my brother in law prepared - cili kering + bawang  putih + garam, gula dan cuka. Sos ni boleh potong minyak bagi makanan yang bergoreng..

Malam pulak seperti biasa pilih makanan laut. Macam - macam pilihan ada - semuanya fresh dari laut sebab Rompin kawasan perikanan.

Rompin juga terkenal dengan udang galah. Ramai yang datang ke Rompin sebab nak makan udang galah...ada yang datang dari Singapura pada hujung minggu..

Mengikut kata adik saya, sekarang dah banyak ada udang galah yang diimport. Orang Rompin panggil udang kotak ( frozen ). Jadi masa oder udang tu kena mintak udang local. Harga udang local lebih mahal.


Masa kecik dulu kerap makan udang galah. Makan kepala udang dulu  lepas tu baru makan isi udang. Makan udang dulu sampai habis baru makan nasi dengan sayur...hahaha...

Masa tu suka makan udang galah masak kicap, sekarang orang dah tak masak berkicap- kicap hitam legam tuh... Sekarang ni macam- macam jenis masakan udang galah yang diperkenalkan, semuanya menjadi pilihan pelanggan.

The latest is udang galah cheese..and I opted for ikan kembung goreng celup tepung....pendek kata dah too much berudang galah masa kecik- kecik dulu.....dah berumur ni makan ikan lebih selamat...





Monday, February 19, 2024

Zaman Kanak-Kanak....4

Baru balik dari kampung meraikan perkahwinan anak lelaki adik saya di Kuala Rompin...

Hanya adik saya dan keluarganya yang tinggal di Rompin, tiada saudara mara lain lagi. Kaum kerabat yang lain ada di Muazam Shah, kawasan Felda dan Kampung Aur. Mereka datang sebagai tetamu di majlis kenduri kahwin tu..

Masa kenduri kahwin anak saudara saya tu, inilah yang terjadi...


Pembawa dulang pengantin lelaki main tangkap muat haha...

Majlis pun paling santai, lauk kenduri sangat sedap terutamanya kerutup daging....the best! Kami sangat gembira pada hari tu..

Yang paling tak sangka tiba- tiba saya ternampak seseorang yang saya kenal masa sekolah rendah  loooong time ago

- Eh..engkau Wahab kan?

- Ye...

- Engko kenal aku?

- Takkan tak kenal pulak....

- Aku tak percaya ... sapa nama aku..

Dia pun beritau nama saya..

- Aku ingatlah...kita sama-sama masuk darjah satu dulu... aku memang datang nak jumpa engkau ni.. aku nampak engkau dari jauh..

- Sekarang engko buat apa

- Aku buat kambing bakar....

- Part kambing yang mana yang paling sedap

- Shoulder paling sedap

- Ok, bagi aku 2 shoulder, esok aku dah nak balik.

Petang tu dia hantar kambing yang siap diperap lebih kurang 1kg bagi setiap satu shoulder..

- Aku bagi engkau murah je, biasanya satu shoulder ni aku jual rm75... 

Ini pertama kali aku jumpa Wahab sejak tahun 1960an...

60+ tahun dulu....wah rasa macam zaman Jepun je!

Seekor kambing bakar harga rm 1,400 dan Wahab boleh menerima tempahan as far as  Kuantan and Mersing..

Wednesday, February 7, 2024

Zaman Kanak-Kanak.....3

 Masa sekolah rendah dulu sangat suka bila tiba musim tengkujuh...walaupun hujan turun tak henti- henti - siang malam but we enjoyed it.

Musim tengkujuh boleh mandi hujan , main hujan dengan anak jiran- jiran sampai kecut kaki tangan. Lepas tu paling best makan tengahari lauk sambal tumis sadin dengan telur dadar .Bagi mak dan ayah ada side dish budu -  cicah ulam pucuk ubi.

Petang makan ubi rebus dengan ikan kering. Mak dan ayah minum kopi panas, saya dan dua orang adik minum air kosong je..tak suka kopi..

Setiap tahun kita tunggu nak makan lauk sadin dan telur dadar dan ubi, keledek rebus. Sambil tu habiskan masa main congkak dan mendalami ilmu mengelat kira buah congkak...sampai bergaduh!

Selain itu, orang kampung semua dapat bantuan banjir...yang menghantar bantuan ke rumah kami masa tu ialah ketua pemuda umno. Mungkin semua ahli umno dan ajk berbagi tempat hantar makanan.

Mak saya pernah kata tak payah hantar bantuan tu sebab kawasan rumah kami tak banjir. 

Mak Teh.... bantuan banjir untuk semua orang kawasan kita ni. Walaupun air tak naik, tapi makanan susah dapat, pasar tutup..

Ghoyak cerita ni masa zaman Tun Razak dulu...la ni susah juga nak jumpa ajk  semua sibuk!

Kawasan rumah kami tanah pasir cepat serap air - hanya ada lopak-lopak kecil dan ada ikan puyu, ikan sepat dan anak berudu. Lopak air ni timbul pada musim tengkujuh je....habis hujan lopak pun kering ikan hilang entah ke mana. Banjir sekali lagi baru boleh main air lopak dan sauk ikan...


Sunday, January 28, 2024

Zaman Kanak- Kanak.....2

Waktu berumur 9 tahun kami pindah rumah, dari deretan kedai ke rumah baru di kawasan yang jauh sikit, Kampung Pulau Lang. Setelah tamat tingkatan tiga, saya dan kawan- kawan masuk tingkatan empat  di Kuantan. 

Bandar Kuala Rompin dah ada restoran baru yang di punyai oleh keluarga Ah Bee. Dia pun dah jadi anak dara yang lawa dan jadi cashier restoran. Saya masih ingat setiap waktu makan tengahari ramai pegawai- pegawai  kerajaan datang makan di situ. Ah Bee menjadi tarikan utama, dan  jadi rebutan orang- orang muda ...

Lepas tu saya terputus hubungan dengan dia, saya melanjutkan pelajaran dan dah jarang ada di kampung. Pada masa yang sama Kuala Rompin telah menjadi layu...kerana syarikat perlombongan bijih besi di Bukit Ibam telah ditutup. Semua kedai telah ditutup melainkan kedai roti canai  di hujung jalan beroperasi hingga ke hari ini...

Sisa-sisa bandar cowboy Kuala Rompin tahun 1960an - kedai papan dua tingkat masa tu..

ada masa yang sama kerajaan telah memperkenalkan dasar ekonomi baru. Ekonomi berkembang , pusat bandar telah bertukar ke kawasan  baru. Bank , Pejabat Daerah, Jabatan Perhutanan dan lain-lain Jabatan Kerajaan berpindah ke bangunan baru. Bandar lama pun tinggal bangunan yang reput ditelan masa....kecuali pusat perikanan di jeti Kuala Rompin.

ps. Kedai roti canai di hujung jalan baru sebulan dua dirobohkan sebab kedai terlalu lama tak sesuai di duduki..

Tuesday, January 16, 2024

Zaman Kanak-Kanak......1

 

Entah macam mana teringat masa duduk di rumah di tengah bandar Kuala Rompin lamaaaa duluuu. Ada yang kata bandar Rompin bandar cowboy - one main street, di  kiri kanan ada rumah kedai papan dua tingkat! Bawah  kedai atas tempat duduk keluarga. Diselang seli dengan beberapa kedai setingkat. Biasanya bahagian depan tempat berniaga , belah belakang jadi tempat kediaman tokey kedai..

90% kedai di punyai oleh orang China selebihnya ada beberapa buah kedai Melayu dan India. Kedai ayah saya yang dua tingkat, depan bagi sewa tukang jam, belakang tempat kami duduk. Tingkat atas kosong je...Rumah kedai tu pusaka datuk yang turun pada ayah saya. Semasa saya dilahirkan datuk dan nenek sudah tiada.

Masa saya kecik dulu kadang kala naik ke atas loteng yang kosong tu...bila dah tua baru terfikir kenapa loteng tu tinggal kosong je...masa kecik teringin sangat nak duduk atas loteng! 

Di belakang rumah saya duduk tu ada sebuah rumah kedai yang besar didiami oleh keluarga China - saya berkawan dengan Ah Bee anak Mek Teh ( mak saya panggil dia Mek Teh mungkin nama dia Ah Teh agaknya ) Suami dia tak kenal sangat dia kerja bertukang. Mak saya dorang panggil Ah Teh , nama mak saya Puteh...

Yang jadi kenangan saya ialah antara pagar rumah saya dengan pagar rumah Mek Teh ada laluan bagi orang - orang kampung nak keluar ke muara Sungai Rompin. Rumah kami paling depan mengadap muara Sungai Rompin.

Di sepanjang pagar rumah Mek Teh dia tanam sebaris pokok bunga semarak api. Saya masih ingat pokok bunga tu sungguh cantik dan berbunga sepanjang tahun...paling cantik kerana ia tanah pasir dan bunga- bunga warna oren gugur menghiasi laluan...


Saya tanam pokok ini dekat pagar rumah saya sekarang.

Paling saya ingat, dalam pagar rumah Ah Bee ada timbunan kayu , di situ ada masanya waktu petang saya dan Ah Bee having dinner - Ah Bee bawak mangkuk nasi dan chopstick dia dan saya bawak pinggan nasi saya...makan sambil sembang entah apa2...tak ingat dah...



Wednesday, January 10, 2024

Masa Berlalu Meninggalkan Kita

 Kita akan rasa terkesan kalau orang yang dikenali tiba- tiba meninggal dunia. Lalu kita akan mendoakan dia semoga mendapat keampunan Allah.

Seorang kawan memberitahu bahawa tukang rumah yang buat renovation rumah kami telah meninggal dunia dan telah dikebumikan pagi tadi. Kawan saya masih berhubungan dengan arwah kerana dia kerap buat penambah baikan di rumahnya dari semasa ke semasa sejak 20 tahun yang lalu.

Kedua kami mengingati arwah sebagai seorang yang amanah menjalankan kerja dan hasil kerjanya sangat baik. Semoga arwah ditempatkan bersama- sama orang yang soleh....aamiin...

Sebelum ini , jiran saya selama 25 telah meninggal dunia  dua minggu lepas. Arwah seorang yang pemurah dan pandai masak. Sebelum suami arwah meninggal dunia kira- kira dalam sepuluh tahun yang lalu arwah sentiasa memasak untuk suaminya dan kerap juga menghantar masakannya buat kami sekeluarga - semua makanannya sedap , hinggakan cucoq kodok dia tiada tandingannya.

Walau pun berjiran tapi tak selalu bersua muka. Kalau kebetulan kami berada di laman rumah kami pun sembang menyembang. Setelah arwah kurang sihat jarang sekali dia keluar rumah, kadang- kadang bertalifon dan kadang-kadang pula saya menziarah dia. Antara kami berbeza umur hampir sepuluh tahun.

Selama ini setiap malam nampak dapur rumah dia cerah, setelah kematiannya dapur rumahnya tidak menyala lagi. 

Anak yang menemaninya selami ini telah balik ke rumah sendiri...

Saya terasa  begitu sayu dan mengingatkan diri sendiri bahawa semua benda tidak kekal di dunia ini. 

Dulu balik kampung begitu meriah ada ibu ayah dan sanak saudara kecik besar. Setelah bertahun- tahun lamanya ibubapa meninggal dunia -  sanak saudara ramai yang dah tua, anak- anak buah pun dah berkeluarga sendiri. Keadaan pun sudah banyak berubah.

Sekali sekala balik kampung hanya tinggal kenangan lama yang tersemat di hati...


Adat Berjual Beli

  Pengalaman manis saya dan keluarga duduk di Kota Baru selama lima tahun, lebih 30 tahun dulu tetap tersemat di hati... Paling best bila pe...